Thursday, June 24, 2010

Solat gerhana

Hukum solat Gerhana adalah sunat muakkad atau pun sunat yang digalakkan. Solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana. Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, surau atau masjid. Bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan solat Jumaat.



ASY-SYAMS (Matahari), Surah 91, ayat 1-10.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
1. Demi matahari dan cahayanya yang terang benderang.
2. Dan bulan apabila ia mengiringinya.
3. Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata.
4. Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap gelita).
5. Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh) - yang melambangkan kekuasaan-Nya).
6. Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhluk-Nya).
7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiaannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya).
8. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa.
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).
10. Dan sesungguhnya hampalah org yg menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

0 comments: