Selama berada di Jepun, dapat juga belajar cara pengasingan sampah yang betul. Sangatlah senang hati dapat bantu menjaga alam sekitar. Bagi saya tidaklah susah untuk kita praktikkan sistem ini. Dengan cara apa lagi dapat kita jaga bumi kita kalau bukan dengan cara pengasingan sampah yang baik. Betul tak? Boleh baca di sini
Sistem Pengasingan Sampah di Tokyo, Jepun dan
Sistem Pembuangan Sampah "GOMI".
Bila boleh kita praktikkan sistem pengasingan sampah yang baik di Malaysia? Siapa yang nak mulakan?
Beberapa tahun lalu di Malaysia memang dah wujud kesedaran pengasingan sampah melalui penggunaan warna tong sampah. Banyak diiklankan di televisyen. Tapi sekarang macam dah senyap. Iklan nya ada tapi tong nya tak ada… macam mana nak praktik? Hahahaha….. kelakar giler…
Banyak kebaikan yang diperoleh jika kita amalkan sistem pengasingan sampah yang betul. Paling penting, kita dapat asingkan sampah kering dan sampah basah demi elakkan daripada kesemua sampah berbau busuk dan berulat. Kedua penting ialah untuk elakkan kesemua sampah menjadi kotor sebab tak semua sampah yang kita buang adalah kotor. Betul tak?
Langkah pertama = mesti sediakan tong sampah yang banyak untuk sampah yang berbeza. Tak semestinya kena ikut warna tong. Cuma perlu labelkan tong dengan baik, itu sahaja. Tong mana untuk kaca, tong untuk kertas, tong untuk plastik, tong untuk tin dan tong untuk sampah basah. Senang kan? Perlu modal besar ke? Pada pendapat saya, modal untuk sediakan tong yang banyak tidak sebesar modal dan usaha untuk cuci semula sampah.
Langkah kedua = sistem pengangkutan sampah yang betul. Emm... fikir la sendiri ye... kalau malas nak fikir, tiru aje cara Jepun.... mereka boleh, Malaysia pun mesti lah Boleh!..... kan?
Contoh: kotak susu/jus,perlu dicuci (tak cuci pun takpe je), tapi mesti dipotong seperti gambar yang ditunjukkan dan dikeringkan sebelum dibuang bersama kertas-kertas lain.
.
.
.