Friday, June 10, 2011

Awas, penipuan jualan barangan AOWA!! #2

tak habis lagi cerita... sambungan daripada post PENIPUAN AOWA kelmarin punye.

kakak sulong (Kak Long) tak tau lagi kot aku bawa balik AOWA... huhuhu... ni pesanan kat anak2 sedara dan sape2 lah.. jangan gitau Kak Long... jenuh nanti kena sembur kang!!!! huuuuaaargh.....

kejadian penipuan seterusnya oleh AOWA ni berlaku semasa dah langsaikan semua bayaran. bila dah habis bayar dia call bos dan mengatakan aku dah habis bayar. sembang punye sembang punye sembang ikot telefon dengan staf dia, confirmkan nombor bil bagai, confirmkan alamat bagai... lepas tu dia cakap aku sekali lagi bertuah kerana nombor bil tersebut adalah nombor bertuah, dan sekali lagi dapat barang promosi... ape kejadahnya semua ni! apa benda ni!!!!!! dia cerita la semua pasal kelebihan bila dapat kumpul point, dapat itu, dapat ini bagai... dengan syarat kena beli satu lagi barang dan kali ni dia bagi 2 barangan percuma... so, ada 3 barang lah... harga asal semua dalam RM7K, promosi dapat dalam RM2K... fuuhhh... rasa macam di awang-awangan... nape la aku bertuah sangat! tak penah2 dapat kebertuahan macam ni.... huhuhuhu... 

berpada-pada la nak menipu orang wahai kompeni AOWA... takkan nak kenakan aku lagi sekali...!!!! sedih sedih, parah...parooook...!!! belajar tinggi-tinggi sampai Jepun pun boleh terpedaya ngan penipuan tu... aku nyesal la ngan diri aku neh.... lastly aku cakap tak nak ngan barang2 tu semua, nak pulangkan... dan nak duit aku balik lagipun baru je dapat kan.. tak kan tak boleh cancel... kat kedai2 biasa pun boleh cancel, at least boleh gak tukar barang. tapi kat AOWA ni, sekali dah bayar langsung tak bleh buat apa... bukan kata cancel, nak tukar barang lain pun tak boleh.... punye la ketat peraturan!!!!

betul la forum kat HATI-HATI DENGAN PENIPUAN AOWA bincangkan, barangan AOWA bukannya mahal sangat pun, dia tulis je harga mahal... padahal bila bahagi2 balik dengan barangan percuma tu, harga macam biasa la kita bayar. bukan barangan percuma pun, barang tu kita bayar sekali!!!!!!!!! cuma benda yang dibeli tu melebihi bajet kita. dan mungkin tak perlu pun untuk kegunaan seharian. Bimbang pasal qualiti nya juga.

harap sangat induction cooker aku tu tahan lama, kalau rosak pun sekurang-kurangnya senang dibaiki. ye lah, fikir positif - barang apa yang tak kan pernah rosak, kan? tapi tak nak lah 3 bulan pakai terus rosak.. huhuhuhu... tak mo tak mo tak mo....takmo rosak walau sekali pun! mintak jauh, nauzubillah... mahal tu wehhh...!!! Doakan moga semua barangan AOWA aku takkan penah rosak! AMIN....

sekarang ni search benda positif je pasal induction cooker... contohnye yang ni..






ada yang berkenan ke? beli je yang aku punye! ehehehe... 



5 comments:

Nadiah Sidek said...

mmg kena hati2 dgn promosi2 mcm tu. nadiah selalu lari kalau ada org nak promote apa2 barangan. takut terpedaya & kena tipu

Mengkuang berduri said...

huhuhuh.... tu ler, pulun nak beg free. akan datang len kali mmg kena hati2.. dapat yg free, mesti cabut lari...

Hahn 3rd said...

jangan juga percaya jika AOWA hulur sticker kereta 'Spot-and-Win'. Kerana insyaallah taala...anda terpaksa bayar ribu2 walaupun mulanya sticker itu FREE!!!...percayalah, mana ada free? nak buang air pun kena bayar lerr...

Mengkuang berduri said...

ooo..mcm tu ea... tak sabar rasa nye nak jengah yg mana kata free tu... balas dendam, amik benda free bg dia penat explain bagai..pastu kita blah... bleh...

HuMayRah HaYatI said...

huhu...sian kak sita...yati pun ada beli induction and microwave...tapi company tu yang tak sama dgn AOWA...harga pun agak munasabah...so tak pasti yati kena tipu ke tak...

so far yati pakai induction and microwave ok jer...dah lebih setahun...