Sunday, July 31, 2011

Hatyai, Thailand - part 4

Sambungan Hatyai, Thailand - part 3
  
Sambungan Hatyai, Thailand - part 2
     
Sambungan Hatyai, Thailand - part 1

Boleh baca sejarah Masjid Kerisik DISINI dan DISINI juga.

 Ziarah masjid berdarah, Masjid Kerisik.

   
   
   
     
      
            



Gambar bawah: Perhatikan betul-betul pada dinding masjid. Ada kesan-kesan bedilan peluru pada dinding tersebut. Terasa juga seriau-seriau duk situ. Sebak...


 

Wednesday, July 27, 2011

Hatyai, Thailand - part 3

Sambungan Hatyai Thailand - part 2

Sambungan Hatyai Thailand - part 1

Hari kedua iaitu pada 1 Julai 2011 (Jumaat), kami ke pasar terapung (Hatyai floating market). Bertolak dari tempat penginapan dalam jam 3.00 pm waktu tempatan. Sebelum sampai tempat tu, dalam kepala duk bayangkan pasar tu macam Masjid Terapung Terengganu. Pasar dalam bangunan yang dikelilingi tasik besar.... (^^)V.  Rupanya memang terapung betul-betul, bukan cobaan... apedaa yg difikirkan... kalau Bangkok floating market, lagi la havoc... sekali kalau jatuh dalam air tu, memang tak berapa nak float la... 


 Hatyai floating market.
     
  



Beli air & aiskrim semata-mata nak mangkuk-bekas tu. Mug air bentuk ikan, dihias dengan orkid-menarik sangat.



Kedai yang ini tak float pun, atas darat biasa je... sushi warna-warni giler - kecik.. tak beli pun, tengok2 je...
    


Kawasan bandar Hatyai besar. Tapi kabel elektrik, tersangatlah complicated. Tiang elektriknya memang tinggi. Pemandangan cantik terhalang oleh kabel yang berserabut. Sape2 nak jadi juruelektrik kat sini, memang kena cekap giler, tak gayat dan tahan lasak bila kena kejutan elektrik (lain perkataan, berani mati)...

Pemandangan bandar Hatyai dari bilik penginapan dan keserabutan kabel elektrik.



 Kami guna perkhidmatan bas dua tingkat Kanayont - memang ok. Pengangkutan utama kat Thailand dipanggil tut tut.



Sambung lagi dengan ziarah di Masjid Kerisik, Thailand.

Sunday, July 24, 2011

Hatyai, Thailand - part 2

Sambungan dari Hatyai Thailand - part 1


Kami menginap di Diamond Plaza Hotel.



Makan-makan kat restoran Chekkar. Restoran lain dah lupa nama.



Pada hari kedua: selesai sahaja makan pagi kat kedai-yang-dah-lupa-nama, kami terus menghala ke Bukit Tang Kuan. Kalau kat Langkawi ada kereta kabel, tapi kat sini kami naik lif untuk ke puncak Bukit Tang Kuan.





Suka gambar ni - Kak Ma angkat besi tu guna 2 jari je = gagah tu...!
 


Dalam zink hijau ni la ada lif.
    


Bergambar dengan duyung. Tengok-tengok barang jualan. Makan jeli kelapa.
   


Tengok-tengok barang jualan.


Saturday, July 23, 2011

Hatyai, Thailand - part 1

Emm... update blog dengan berita lama....

30 Jun hingga 2 Julai 2011: Sertai rombongan lawatan TATIUC ke Hatyai, Thailand. Bertolak dari TATIUC, Kemaman 29 Jun, jam 11.30 malam dan tiba di Masjid Beijing, Kelantan seawal subuh. Seusai sahaja solat subuh, kami melewati sempadan Malaysia - Thailand. Berapa orang peserta lawatan? Entahlah... tak kira pulak... Tiba di Hatyai lebih kurang jam 2.00 petang waktu Malaysia. Pasal masa, aku dah lupa.. tak catat pun, hanya berdasarkan pada masa yang tercatat pada gambar sahaja dijadikan sebagai rujukan. Yang pasti, waktu Thailand lewat satu jam daripada waktu Malaysia.


Masuk sempadan Thailand. Waktu yang tercatat pada gambar ialah 7.59 pagi (waktu Malaysia), kalau waktu Thailand = 6.59 pagi.







Bersambung ....

Friday, July 22, 2011

With Yasuki san

20 Mei 2011: Time ni Isamu dah balik Jepun, tinggal Yasuki. Aku bawa Yasuki jalan-jalan kawasan Kemaman dan melawat Zoo Kemaman. Ini pertama kali aku masuk Zoo Kemaman. Firdaus, Shafiqah, Hafiz dan Aina pun ku angkut jenjalan sekali.











Dr. Ahmed belanja makan malam.



Sabtu: Yasuki menghadiri kenduri kahwin di Bukit Kuang.

Tuesday, July 19, 2011

With Isamu san and Yasuki san

Isamu berada di TATIUC pada 11 Mei hingga 19 Mei 2011, manakala Yasuki pada 16 Mei hingga 21 Mei 2011







Monday, July 18, 2011

TATIUC International Conference 2011

Pada 23-25 Mei 2011, TATIUC telah menganjurkan satu seminar antarabangsa yang terdiri daripada tiga seminar iaitu International Conference on Chemical Innovation (ICCI), International Conference on Advanced Manufacturing (ICAM) dan International Conference on Robotic Automation System (ICORAS).