Saturday, July 23, 2011

Hatyai, Thailand - part 1

Emm... update blog dengan berita lama....

30 Jun hingga 2 Julai 2011: Sertai rombongan lawatan TATIUC ke Hatyai, Thailand. Bertolak dari TATIUC, Kemaman 29 Jun, jam 11.30 malam dan tiba di Masjid Beijing, Kelantan seawal subuh. Seusai sahaja solat subuh, kami melewati sempadan Malaysia - Thailand. Berapa orang peserta lawatan? Entahlah... tak kira pulak... Tiba di Hatyai lebih kurang jam 2.00 petang waktu Malaysia. Pasal masa, aku dah lupa.. tak catat pun, hanya berdasarkan pada masa yang tercatat pada gambar sahaja dijadikan sebagai rujukan. Yang pasti, waktu Thailand lewat satu jam daripada waktu Malaysia.


Masuk sempadan Thailand. Waktu yang tercatat pada gambar ialah 7.59 pagi (waktu Malaysia), kalau waktu Thailand = 6.59 pagi.







Bersambung ....

0 comments: