Wednesday, July 27, 2011

Hatyai, Thailand - part 3

Sambungan Hatyai Thailand - part 2

Sambungan Hatyai Thailand - part 1

Hari kedua iaitu pada 1 Julai 2011 (Jumaat), kami ke pasar terapung (Hatyai floating market). Bertolak dari tempat penginapan dalam jam 3.00 pm waktu tempatan. Sebelum sampai tempat tu, dalam kepala duk bayangkan pasar tu macam Masjid Terapung Terengganu. Pasar dalam bangunan yang dikelilingi tasik besar.... (^^)V.  Rupanya memang terapung betul-betul, bukan cobaan... apedaa yg difikirkan... kalau Bangkok floating market, lagi la havoc... sekali kalau jatuh dalam air tu, memang tak berapa nak float la... 


 Hatyai floating market.
     
  



Beli air & aiskrim semata-mata nak mangkuk-bekas tu. Mug air bentuk ikan, dihias dengan orkid-menarik sangat.



Kedai yang ini tak float pun, atas darat biasa je... sushi warna-warni giler - kecik.. tak beli pun, tengok2 je...
    


Kawasan bandar Hatyai besar. Tapi kabel elektrik, tersangatlah complicated. Tiang elektriknya memang tinggi. Pemandangan cantik terhalang oleh kabel yang berserabut. Sape2 nak jadi juruelektrik kat sini, memang kena cekap giler, tak gayat dan tahan lasak bila kena kejutan elektrik (lain perkataan, berani mati)...

Pemandangan bandar Hatyai dari bilik penginapan dan keserabutan kabel elektrik.



 Kami guna perkhidmatan bas dua tingkat Kanayont - memang ok. Pengangkutan utama kat Thailand dipanggil tut tut.



Sambung lagi dengan ziarah di Masjid Kerisik, Thailand.

0 comments: