Wednesday, September 21, 2011

KOLOKIUM TATIUC-MIE (TAMIE 2011) - Part 2


Aktiviti sempena kolokium TAMIE 2011 diteruskan pada hari berikutnya, 9 September 2011 iaitu lawatan sambil belajar di kilang Polyplastics Asia Pacific Malaysia SDN BHD, Gebeng, Kuantan. Kilang ini merupakan salah satu kilang cawangan Polyplastics Co. Ltd dari Jepun. Lawatan kami disambut baik oleh Encik Mohamad Shamsul bin Hussin dan semua warga kerjanya. Seramai 31 orang termasuk 22 orang pelajar Polychem telah menyertai lawatan ini. Aktiviti sebegini sememangnya dapat memberikan banyak maklumat terutamanya kepada pelajar sebagai pendedahan awal tentang suasana pekerjaan dan sebagai pemangkin untuk mereka terus cemerlang di TATIUC.


             
      
      
    
  
       
     
              
                   
            

Tuesday, September 20, 2011

KOLOKIUM TATIUC-MIE (TAMIE 2011) - Part 1


Kolokium sehari antara Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia, FTKK, TATIUC dan Universiti MIE, Jepun telah diadakan pada 8 September 2011 di Kampus ITC, TATIUC. Kolokium ini diadakan bagi mengukuhkan lagi hubungan yang telah sedia terjalin antara TATIUC dan Universiti MIE. Program ini juga adalah rentetan daripada program yang terdahulu iaitu pertukaran pelajar dan pertukaran kakitangan. Sebelum ini TATIUC telah menghantar 2 orang kakitangan ke Universiti MIE (Disember 2010 – Januari 2011) bagi menjalankan latihan penyelidikan. Seterusnya, Universiti MIE pula menghantar 2 orang pelajarnya pada 23 – 24 Februari 2011 dan 2 orang lagi pada 11 – 21 Mei 2011 untuk membuat pembentangan penyelidikan mereka. Pada bulan Oktober 2011 ini, TATIUC pula akan menghantar seorang pelajar ke Universiti MIE untuk meneruskan pembelajaran selama 6 bulan di sana.


Bagi Kolokium TAMIE 2011 ini, seramai 8 orang pembentang daripada Universiti MIE termasuk Professor Madya Satoshi Kaneco dan Dr. Ahmed Dabwan membentangkan penyelidikan mereka. Manakala 6 orang pelajar mewakili FTKK, TATIUC yang diketuai oleh Encik Abdul Rahman Hassan telah turut serta membentangkan penyelidikan mereka. Melalui Kolokium TAMIE 2011 ini, kedua-dua pihak berjaya berkongsi idea dan maklumat dalam menjalankan penyelidikan seterusnya.


 
 Nasib baik ada Wan teman... terima kasih tau...
Khamis, jam 2.00 pagi: Pendaftaran masuk Hotel ITC, Kampus TATIUC.



 
       
       
       
          
      
       
         
        
       
  
      
 
             

Monday, September 19, 2011

Aku nak...

dalam kepala ni, banyak benda yang mau.... ye la, seperti manusia biasa yang lain, tak lari daripada perasaan yang inginkan sesuatu.. untuk wishlist aku yang pertama ni, aku nak periuk keluli atau dengan bahasa mudah ialah cooker set.. hehehe... sesuai untuk digunakan dengan induction cooker. Kepada sesiapa yang nak hadiahkan aku periuk ke, kuali ke, cerek ke pastikan kena try dengan magnet. Kalau magnet tu melekat kat periuk/kuali tu maknanya memang sesuai la digunakan dengan induction cooker. Kalau nak senang, beli je yang jenama TEFAL tu, memang ada simbol/sesuai dengan induction cooker. hehehe....

Periuk kaca tak boleh guna dengan induction cooker.


Dapat set pengukus pun best nih!

Broadband

Sekarang aku dah ada broadband.... :)...
Bertambahlah bil bulanan...

tapi aku ada banyak hobi... cemana nak selit dengan broadband pulak...!
kalau tak guna broadband tiap saat rugi bayar bil bulan2...

Sama-sama kita doakan moga kita dipermudahkan segala urusan ke arah hidup yang lebih bermakna dan diberkati..

Amiiiin...

Wednesday, September 14, 2011

Rumah burung untuk dijual

Lagi rumah burung untuk dijual.
Ada banyak permintaan sebenarnya. Bagi pihak abang saya, saya minta maaf banyak2 atas kelewatan menyiapkan pesanan. InsyaAllah, akan disiapkan secepat mungkin.
1. Yang pasti En. Anas nak lagi satu.
2. Kak Wani dari Selangor. Lama giler tak contact Kak Wani.
3. Seterusnya En EiCH@M, tapi saya tak tau cemana nk hubungi En EiCH@M. Apa alamat email En EiCH@M?
4. dan yang terkini ialah En. Abdlah.

Semua ni telah diusulkan kepada abang saya. Terima kasih sebab bagi respon kat sini.

terima kasih.


 ketiga-tiga ni untuk siapa ea?


Wednesday, September 7, 2011

TAMIE 2011

Aduuuuhhhhh... penatnya ngan TAMIE ni.... huwaaaaaaaaaaaa.....!!!!!!!!!!!

Terima kasih kepada semua yang berikan kerjasama...

Semoga Kolokium TAMIE 2011 esok 
(8 September 2011) berjalan lancar. Amiiiiin.

Monday, September 5, 2011

Kod lemak babi

Semalam jalan-jalan kat Giant Kijal, terjumpa banyak kod E (kod lemak babi) kat makanan ni. Filamen berperisa ketam yang sangat disukai ramai. Timbul rasa curiga... Ambil gambar sekeping dua... balik cek, memang betul itu adalah antara kod-kod makanan yang mengandungi lemak babi.

 Kat ramuan ada sebut E 120 dan E 160.

 Gambar ni lebih jelas. E 621 dan E 425 takde masalah sebab kod tu tak tersenarai pun dalam kod produk makanan yang mengandungi lemak babi. Yang masalahnya ialah E 160 dan E 120.

Seperti yang sedia maklum, kod E 120 dan E 160 adalah antara produk makanan yang mengandungi lemak babi.

Kat bahagian depan ada logo HALAL ni. Sama-samalah kita berhati-hati dalam memilih makanan.
Moga diri kita diberkati Ilahi...


Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya


makan ketupat dengan kari,
kari tertumpah terkena kain,
selamat hari raya aidilfitri,
mohon maaf zahir dan batin.



Subhanallah.... Cantik sangat masjid ni...! Penuh dengan ukiran...