Tuesday, November 29, 2011

26th niece

Alhamdulillah, anak saudara yang ke-26, Nurisya Damia selamat dilahirkan pada 09.11.11.
Anak saudara yang ke-25, Alisya Dania, nama lebih kurang sama kan? Dania selamat dilahirkan pada 31.08.11...anak merdeka! Gambar Dania takde pulak dalam simpanan Cikde.

  
Bismillaahirrahmaanirrahiim...
Ya Allah, aku mohon, lindungilah dia (dan semua ahli keluargaku) dengan Peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya daripada godaan syaitan yang kena rejam.
Amiiin...


Tuesday, November 22, 2011

Alhamdulillah Ya Allah...

Alhamdulillah Ya Allah,
Alhamdulillah, bahawasanya...
Aku tahu hanya Engkau Yang Maha Berkuasa,
Aku tahu hanya Engkau Yang Maha Pengaturcara,
Aku tahu hanya Engkau Yang Maha Bijaksana,
Aku tahu hanya Engkau Yang Maha Belas kasihan.

Terima kasih Ya Allah,
Terima kasih...
Kerana Engkau selalu ada disamping aku,
Kerana Engkau, mereka juga bersamaku,
Kerana Engkau selalu murah pertolongan,
Kerana Engkau mudahkan percaturan.

Ya Allah,
Kepada Engkau sahajalah yang aku sembah,
Dan kepada Engkau sahajalah aku memohon pertolongan.

Wahai kawan, maafkanlah aku...
Aku tidak mahu dikau kecewa sedih denganku,
Aku mahu dikau selalu sihat bahagia disampingku,
Aku manusia biasa, tiada yang sempurna,
Aku akan cuba lebih berwaspada,
Tapi kalau masih terasa, maafkanlah.

Wahai kawan, terima kasih...
Terima kasih aku ucapkan,
Pertolongan mu tidak akan aku lupakan,
Aku berdoa agar dirimu sentiasa dilimpahi keberkatan,
Bahagia sentosa hingga ke hari-hari depan.

Monday, November 21, 2011

Beratnya Ya Allah....

Ya Allah!
Beratnya dugaan yang Engkau berikan kepadaku Ya Allah...!
Aku cuma berharap, agar Engkau permudahkanlah segala urusanku,
Lembutkanlah hati-hati mereka,
Aku cuma mampu sediakan apa yang termampu,
Apa yang ada dalam kotak fikiran kecilku ini,
Aku kaku,
Aku beku,
Aku lesu,

Ya Allah,
Hanya Engkau Yang Maha Berkuasa,
Hanya Engkau Yang Maha Bijaksana,
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui,
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui,
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui isi niatku.

Aku mohon rahmat-Mu Ya Allah.
Ampunkanlah aku Ya Allah,
Selamatkanlah aku Ya Allah,
Redhailah aku Ya Allah,
Kuatkanlah semangatku Ya Allah ............


Amiiin...


Tuesday, November 8, 2011

Konvokesyen Cik Tin

Ahad, 30 Oktober 2011: Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran kepada Ilahi...  cikde, mak, ayah dan keluarga semua berasa bangga dengan cik tin... sebab cik tin dapat Anugerah Naib Canselor pada Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM ke-75 di Kampus UiTM Cawangan Dungun. 


 Malam sebelum konvokesyen... cikde pulun gubah bunga yang terbaik untuk cik tin. POOH tu diterbangkan khas dari Jepun tau.


 Ada perbezaan cara konvokesyen TATIUC dan UiTM. Tapi cikde berasa, konvokesyen UiTM sangat hebat dan jimat!


 Hebat dan jimat kerana majlis ini dapat diadakan dan diuruskan di Dewan UiTM sendiri walaupun dewannya kecil.


Penyanyi jemputan mungkin adalah pelajar UiTM sendiri. Segak! Menyanyi secara solo, tak perlu menjemput koir yang menelan belanja yang tinggi. Untuk lagu patriotik dan lagu UiTM, pengurusan menggunakan video korporat. Lagi hebat!


Sempat juga tangkap gambar cik tin turun dari pentas... :) 


 Cik tin baharu sahaja turun dari bas. maklumlah pelajar hebat kan... nampak tak cik tin pakai selempang yang ada jalur pink tu, selempang khas untuk pelajar yang dapat Anugerah Naib Canselor tau....!!! selesai sahaja konvo, cik tin ada sesi bergambar dengan Canselor. lama juga mak dan cikde tunggu di perkarangan luar dewan tu. tapi takpe, bangga apa adik boleh bergambar dengan Canselor. cikde yang dah bekerja kat sini bertahun pun tak pernah dapat bertentang mata dengan Canselor... huhuhuh


 Bersama kawan-kawan cik tin.


 Cik tin bergambar dengan mak. Selempang tu bagi nampak dalam gambar ye, jangan tak nampak!




Semoga cik tin sentiasa terus berjaya dalam menempuhi perjuangan. Amin!!!


Rumah burung En. Anas

Assalamualaikum w.b.t. 

Habis sudah cuti Raya Korban, hari ini bekerja seperti biasa.... 
Teruk raya tahun ni, duk rumah je.. keluar rumah pun untuk ke kenduri aqiqah Dania pada hari raya kedua.

Ok lah, disini ingin cikde uploadkan gambar rumah burung yang telah dibeli oleh Encik Anas dari Kedah. Ini adalah antara gambar-gambar yang telah dikirimkan oleh beliau. Cantikkan? Kawasan rumah sangat cantik... beliau beli rumah burung tanpa tiang, makanya tiang yang tu beliau pasang sendiri. Sayangnya, tiang tu pendek... takpe lah, rumah burung yang kedua nanti, En Anas pasang tiang tinggi2 ea... 

Terima kasih En. Anas kerana sudi berurusan dengan kami.

                                        
                          
Terima kasih. 


Thursday, November 3, 2011

Holiday Villa, Cherating


Cerita lama.... 8 hb 10 2011.... tapi takpe kan, untuk tatapan famili nun yang jauh... terutamanya untuk adik-adikku Mijan dan Aidil yang merantau jauh untuk mencari rezeki.... moga kalian sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang halal.





Bercuti di Holiday Villa, Cherating. Abang Ngah dan Ngah ada program kat sana, dapat 2 bilik. Apa lagi kami datang beramai-ramai berkampung kat Holiday Villa.
 
Arina, Aina dan Hafiz bangun pagi, terus posing tepi kolam renang. :)...... Tak boleh main air lagi awal2 ni, rantai kolam tak buka lagi tu kan... 




 
Arif Ridhuan... itik gembo2... yang suka selam muka dalam air.  


 Arina dan Hadif...


 
 Hadif ni tak kenal air cetek air dalam, main terjun je... Hebat Hadif ni! Saje je biar dia jalan2, explore sendiri yang mana selamat, yang mana bahaya.




 Badrisya, Yasfi dan Shafiqah pun ada sama.


 Ayah pun turut berenang sama... :)


 Baby takde pun nak berebut pelampung. Tengok Hadif, pandai je berenang. Masalahnye bebudak yang tua tu masing2 nak pelampung... aish... tak larat nk layan.

Seronok... len kali ajak lagi kami berkampung ye Ngah!
Sayang kak Ngah.... :)