Sunday, December 13, 2009

Bandung 3: Pemandangan dari Hotel Aston

Bandung yang padat penduduk.

Pemandangan waktu siang...

Pemandangan waktu malam...

Bandung 2: Pasu

Bila ada masa terluang teringin nak buat pasu ni sendiri. Bila ek?

Pasu dalam bilik air Hotel Pan Pacific, KLIA

Pasu kat Hotel Aston, Bandung.

Orkid Hotel Pan Pacific, KLIA.

Bandung 1: Duit duit duit

17 hingga 21 hb November lepas pergi ke Bandung atas urusan kerja.


Jutawan sebelum pergi ke Bandung... duit 3 juta!

Ini je yang tinggal bawa balik Malaysia.

Wednesday, November 4, 2009

Konvokesyen TATiUC 2009

1o Oktober 2009: Hari Konvokesyen TATiUC.
Semua pensyarah dan instruktur diwajibkan untuk sertai Majlis Konvokesyen TATiUC ni dengan berpakaian konvo dan duduk diam-diam dlm dewan. Masa perarakan pegawai akademik masuk ke dewan, saya dipaksa beratur paling hadapan...ngeeeeee.....(maklum ler, kurang ketinggian...).... rasa glamor lak. Nampaknya, tiap-tiap tahun la saya konvo. Kalau dulu, susah giler nk konvo.... :)

Sunday, November 1, 2009

Tumpang bergumbira di Holiday Villa, Cherating

Hari Jumaat dan Sabtu (30 dan 31 Oktober 2009), famili kami tumpang bercuti di chalet Abg Shaari. Dia ada kursus askar kat situ selama 5 hari. Selain itu, dapat gak kami menjenguk Abg Shaari yang jarang2 boleh balik kampung ni sebab dia dan isterinya (Kak Ila) bertugas di Johor.
Ayah orang yang paling happy sebab dah lama ayah tak pergi jalan jauh2 dan makan angin. Chalet untuk 2 orang, kami penuhkan dengan 13 orang... dahsyat.... Famili Kak Long balik lepas maghrib... kalau tak, lagi penuh la... hehehe...

Laju ayah jalan, nak pergi mana tu?
Oooo... nak terjun kolam... hati-hati....!!!!!!!


Ayah tak perlu pakai tongkat untuk jalan2 dalam air.... seronok sangat tengok ayah berenang... Kolam sebesar ni, penuh ngan famili kami je....
p/s: Ramai macam ni pun, masih ada yang tak boleh join sama. Yang tak join.. famili Abg Meri, famili Abg Pawi, Abg Kija, Mijan, Aidil, Fatin dan 2 org adik lelaki yang degil. Jgn sedih-sedih ea... lain kali kita bercuti ramai-ramai. Moga semua bleh join.

Thursday, October 29, 2009

Khamis

Hari ni hari Khamis, esok dan lusa cuti.... yea...

Tuesday, October 27, 2009

Konvokesyen USM, 25 Mac 2009



Ini adalah rupa tesis saya.... bukan senang nak siapkan nih... banyak halangan, rintangan, suka dan duka..

Adik-adikku bila plak nak siapkan macam gini? i tau, u all mempunyai semangat tinggi untuk siapkan tesis... Selamat berusaha utk adik-adikku tersayang... i sayang u all...
t
TERIMA KASIH !!!
Walaupun dah lama konvokesyen berlalu, saya ingin juga abadikan saat-saat gembira tu disini. Dikesempatan ini, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan dorongan dalam meneruskan kehidupan di USM dulu.
Terima kasih tak terhingga untuk adik-adikku yang tersayang, jasamu yang tak terbalas takkan ku lupa.
Terima kasih kepada Dr. Rohana, Dr. Mohamad, Dr. Nasri, Dr. Nasir, semua kakitangan Pusat Pengajian Sains Kimia dan sahabat-sahabat sekalian. Terlalu ramai untuk disenaraikan disini, bagaimanapun saya ucapkan jutaan terima kasih. Wajah-wajah kalian semua masih segar dalam ingatan.



Sunday, October 25, 2009

Rumah burung untuk dijual!


Letakkan cebisan roti atau beras untuk memikat burung singgah dan bertamu di laman anda
t
“LAMAN yang indah bukan hanya menjadi santapan mata bahkan turut memikat hidupan lain seperti rama-rama, pepatung dan burung liar untuk singgah mencari makanan. Berikutan itu, hiasi laman anda dengan pelbagai aksesori bagi memudahkan lagi memikat hidupan lain bertamu dan mencari makan seperti meletakkan ‘bird house’ atau rumah burung di sudut taman kediaman”. (Sumber: http://www.bharian.com.my/)

Kepada peminat laman/taman yang berminat untuk memiliki rumah burung yang cantik ni bolehlah menghubungi saya untuk tempahan. Gambar di atas adalah contoh rumah burung yang telah siap hasil kreativiti abang saya. Pelanggan juga boleh mereka cipta sendiri serta menentukan warna rumah burung yang dikehendaki mengikut citarasa masing-masing. Harga boleh dirunding. Terima kasih.
p/s: Moga-moga tak ada la hidupan yang tak diundang berkeluarga disitu... ngeh ngeh ngeh... :)