Sekadar untuk peringatan diri sendiri dan kepada sesiapa yang ingin berkongsi maklumat amatlah dialu-alukan....
5 waktu makruh solat ialah:
1- Selepas solat Subuh hingga terbit matahari (Syuruq).
2- Dari Syuruq hingga naik matahari iaitu lebih kurang selama 28 minit. (Nota: 28 minit selepas waktu Syuruq adalah waktu Dhuha).
3- Matahari tengah terpacak di atas kepala (bayang-bayang di bawah kaki).
4- Selepas solat Asar hingga terbenam matahari.
5- Dari terbenam matahari hingga solat Maghrib.
Hah...bangun Subuh lambat yerrr....
Secara ringkas, kelewatan disebabkan lupa atau tidur, membolehkan solat subuh dilakukan diwaktu yang terlarang menurut pandangan jumhur ulama'. Dalilnya diambil dari hadith Nabi S.A.W :-
"Barangsiapa yang tidur dan tertinggal solat atau terlupa, maka hendaklah ia solat apabila teringat" - [Riwayat al-Bukhaari].
(Sumber)
Ini memang dia ni terlupa atau tak sedar langsung nak bangun Subuh.... ada wujud ke...? tapi biasanya banyak kes yang memang dah terbangun sebab bunyi alarm tapi saje2 nak sambung tidur, eh sambung lagi la 5 minit, eh sambung sikit lagi la... pastu memang terus tak terjaga... huhuhu....
Soalan:
Saya mendengar ada orang mengatakan kalau kita terlewat bangun waktu Subuh lalu waktu Syuruk telah lepas, kita boleh terus sembahyang Subuh tanpa perlu niat Qadha'. Betulkah Ustaz? Kalau boleh Ustaz tolong jelaskan?
Abdullah, KL
Jawapan:
Jika kita terlewat waktu subuh kerana tertidur, sedangkan waktu syuruk telah lepas ataupun matahari telah terbit, maka ketika terjaga tersebut segeralah mengerjakan solat Subuh. Tidak perlulah kita berniat qadha', sebab terlepas sesuatu hukuman tersebut lantaran bukan sengaja. Namun jika kita mengetahui telah masuknya waktu subuh tetapi kita meneruskan tidur, maka perkara ini jelas berdosa.
(Sumber)
Emm... banyak lagi boleh dirujuk ngan Mr. Google. Moga dijauhkan godaan syaitan...
0 comments:
Post a Comment