Friday, September 10, 2010

Selamat hari raya

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada saudara mara, kawan-kawan dan semua pembaca blog ini.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

Moga hari-hari anda penuh ceria dan gembira.

Wassalam.

Monday, September 6, 2010

Ziarah keluarga arwah

Jumaat, 3 September 2010: Selesai sahaja kami ziarah pusara tokki dan cik, aku bawak mak pergi pasar. kemudian kami bergegas pulang kerumah kerana aku ingin ikut Cik Nabihah dan En. Mashelmi pergi melawat keluarga arwah Ahmad Termizi di Kampung Seberang Marang. Sebagai mentor dan cikgunya, aku sangat teringin melawat keluarganya untuk mengucapkan takziah. Alhamdulillah, kami selamat sampai rumah arwah sebelum solat Jumaat.

Memandu kereta sudah terasa penatnya (bukan aku yang memandu, tapi rasa jugak penatnye), inikan pula menunggang motosikal dari Kemaman ke Kuala Terengganu... menurut kata kawan-kawan arwah, memang arwah ada mengadu penat untuk meneruskan perjalanan.

Pesananku, janganlah menyeksa diri sendiri kononnya ingin bergembira p
ulang beramai-ramai bersama kawan-kawan... seboleh-bolehnya, gunalah perkhidmatan bas yang disediakan... elakkan kemalangan terutamanya dijalanraya. Ingatlah orang tersayang... Moga dihari gembira penuh ceria.

-----***-----

Tiba dirumah aku lebih kurang pukul 5.30 peta
ng. Sebelum tu sempat juga beli barang untuk buat kek cokelat....hahaha, aku paksa Cik Nabihah untuk berbuka puasa dirumahku... waktu berbuka dah nak dekat, tak sanggup plak rasanya nak biarkan dia balik Kemaman...

demi untuk mengisi masa lapang sebelum berbuka, aku paksa Cik Nabihah untuk buatkan aku sebiji kek cokelat... best best... hehehe... tapi Cik Nabihah macam ok je join famili aku yang tersangat lah ramainy
a itu.... tak nampak pun macam kena paksa... sopan je.... hehehehe.... terima kasih Cik Nabihah kerana sudi buatkan aku kek cokelat dan dengan kehadiranmu dapat memeriahkan lagi suasana berbuka puasa kami... lain kali, sudilah datang lagi ke rumah kami ye...terutamanya hari raya nanti, anak-anak saudaraku tak sabar menunggu duit rayamu.... hehehe.... takde la, gurau je...
jom layan gambar kek cokelat sulong....



Pertama kali Kak Zan kata dapat makan kek fresh, panas lagi.... hehehe.... semua anak saudara aku suka makan kek cokelat ni...tak sampai 1 jam, dah habis sebiji kek... hehehe... seronok tengok diaorang suka makan.... ok, len kali kita buat lagi....


Sunday, September 5, 2010

Ziarah pusara

Jumaat, 3 Ogos 2010: Aku, ayah, mak, Abg Meri dan Abg Pawi bersama-sama bersihkan pusara tokki dan cik (nenek) di tanah perkuburan, Dungun. Pusara tokki dan cik bersebelahan je. Awal bulan puasa lagi ayah dah pesan hari Jumaat sebelum raya mesti pergi bersihkan pusara. Dalam apa jua kerja yang ayah buat, mesti dia akan buat bersungguh-sungguh.. emmm... kekadang penat jugak layan ayah ni sorang... huhuhu.. tapi takpe, abang-abang aku buat dengan ikhlas. pusara mesti bersih...takde 1 rumput pun tinggal. Batu nisan tokki digali dan dinaikkan, sebab dah tenggelam tinggal hujung nye sahaja. ayah gembira, kami pun puas hati...Al-Fatihah untuk tokki dan cik.



Ayah berhajat nak buat simen keliling pusara tokki dan cik, pastu tanam rumput karpet.... moga hajat ayah dengan izin-Nya dapat kami laksanakan secepat mungkin... Ayah kata, kalau ayah meninggal ayah nak dikebumikan kat sebelah pusara tokki dan cik ni... sedih sangat ayah cakap macam tu....ayah kata, kalau ada anak2 bersihkan pusara ayah, nanti boleh bersihkan pusara tokki dan cik sekali... huhuhu... kami sayang mak dan ayah....


guna perkataan pusara la sedap sikit berbanding kubur.... betul tak?

Berniaga di Mesra Mall

Selama 9 hari (27 Ogos hingga 4 September 2010) jualan sulung Jendilacraft berlangsung di Mesra Mall, Kemasik. Alhamdulillah, banyak barangan mengkuang dapat dijual, juga disebabkan lokasi jualan kami yang strategik berbanding barangan kraf yang lain. Barangan kraf lain yang turut serta berniaga anjuran kraftangan cawangan Terengganu ini ialah barangan tempurung, songket, batik dan anyaman bertulang.

Melalui jualan pertama ini, dapat juga kami sedikit info tentang kehendak pelanggan terhadap barangan mengkuang. Penat melayan karenah pelanggan yang terkejut melihat harga tikar mengkuang ini. Mungkin bagi penduduk sekitar sini pertama kali melihat tikar mengkuang masuk pasaraya. Tapi, kami tetap lega kerana ramai juga yang mengatakan harganya adalah amat berpatutan dan sesuai dengan masa kini, zaman nilai wang yang semakin tinggi berbanding zaman 70-an atau 60-an, terutama sekali bagi mereka yang tahu penat lelah menyiapkan tikar dan tahu seni mengkuang.... kami ucapkan terima kasih atas sokongan anda..


Walaupun daun mengkuang tidak perlu menggunakan modal, tapi dalam menyiapkan sesuatu barangan ia perlukan tenaga, ketekunan dan kesabaran. Sebidang tikar tak dapat disiapkan dalam masa 1 hari, 2 hari mahupun 3 hari. Moga perniagaan mengkuang dan kraftangan yang lain dapat bersaing baik dengan barangan moden lain.

Belilah barangan buatan rakyat Malaysia.





Canggihnya, Jendilacraft mempunyai blognya sendiri. Banyak cadangan yang kami peroleh. Kami akan usaha melaksanakan cadangan yang diberikan. Contohnya, beg di atas selain digunakan sebagai beg tangan, ia juga dapat dijadikan goodie bag dengan memasukkan barangan tertentu dan sedikit hiasan bunga/riben. Doakan kejayaan kami.


Terima kasih diatas sokongan anda.


Kesian kat Nurul, kena jaga sini tiap2 hari.. berbuka puasa dengan rotiboy dan jus marigold... bulan puasa, kena kuatkan iman dengan bau makanan di sekeliling... huhu...


Thursday, September 2, 2010

Al-Fatihah utk Ahmad Termizi

Kelmarin, tanggal 1 September 2010, kami kehilangan seorang pelajar bernama Ahmad Termizi bin Ahmad Ridzuan.. kemalangan dalam perjalanan pulang ke kampung. Al-Fatihah untuk beliau....


Bagi rakan-rakannya, kehilangan beliau amat menyedihkan. Bagi aku sebagai mentor, kehilangan beliau amat aku rasakan, beliau seorang pelajar yang baik dan cemerlang, tiada subjek yang gagal, dapat belajar dengan baik di TATiUC.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Amin...

Wednesday, September 1, 2010

Berbuka bersama pelajar Polichem

Masak popia goreng untuk majlis tu. Hahaha… gambar inti dan popia yang dah siap digulung. Nasib baik ada housemate yang baik bantu aku gulung dan masakkan sos dia… terima kasih, terima kasih ye… jasamu kukenang..


Lupa la nak amik gambar popia yang dah siap goreng. Tapi, semua orang tau rupa popia goreng macam mana kan…dan lupa gak nak amik gambar pelajar yang join berbuka.

Kat sini, nak kongsi gambar kek cokelat hasil tangan HOD aku…serius sedap. Fresh lagi, baru siap petang terus makan masa berbuka… cantek tak? Serius macam kedai weh, siap ada cokelat rice dan dalam kotak lagi… fuhh.. memang aku jealous la dia dpt buat kek cantik dan sedap macam ni.


"Esok nak masak macam ni jugak la "

(iklan KFC).



“Resepi best meningkat berkadar terus dengan pengaliran keluar wang”.


Huhuhu… takpe2..