Jumaat, 3 Ogos 2010: Aku, ayah, mak, Abg Meri dan Abg Pawi bersama-sama bersihkan pusara tokki dan cik (nenek) di tanah perkuburan, Dungun. Pusara tokki dan cik bersebelahan je. Awal bulan puasa lagi ayah dah pesan hari Jumaat sebelum raya mesti pergi bersihkan pusara. Dalam apa jua kerja yang ayah buat, mesti dia akan buat bersungguh-sungguh.. emmm... kekadang penat jugak layan ayah ni sorang... huhuhu.. tapi takpe, abang-abang aku buat dengan ikhlas. pusara mesti bersih...takde 1 rumput pun tinggal. Batu nisan tokki digali dan dinaikkan, sebab dah tenggelam tinggal hujung nye sahaja. ayah gembira, kami pun puas hati...Al-Fatihah untuk tokki dan cik.
Ayah berhajat nak buat simen keliling pusara tokki dan cik, pastu tanam rumput karpet.... moga hajat ayah dengan izin-Nya dapat kami laksanakan secepat mungkin... Ayah kata, kalau ayah meninggal ayah nak dikebumikan kat sebelah pusara tokki dan cik ni... sedih sangat ayah cakap macam tu....ayah kata, kalau ada anak2 bersihkan pusara ayah, nanti boleh bersihkan pusara tokki dan cik sekali... huhuhu... kami sayang mak dan ayah....
guna perkataan pusara la sedap sikit berbanding kubur.... betul tak?
0 comments:
Post a Comment