Jumaat, 3 September 2010: Selesai sahaja kami ziarah pusara tokki dan cik, aku bawak mak pergi pasar. kemudian kami bergegas pulang kerumah kerana aku ingin ikut Cik Nabihah dan En. Mashelmi pergi melawat keluarga arwah Ahmad Termizi di Kampung Seberang Marang. Sebagai mentor dan cikgunya, aku sangat teringin melawat keluarganya untuk mengucapkan takziah. Alhamdulillah, kami selamat sampai rumah arwah sebelum solat Jumaat.
Memandu kereta sudah terasa penatnya (bukan aku yang memandu, tapi rasa jugak penatnye), inikan pula menunggang motosikal dari Kemaman ke Kuala Terengganu... menurut kata kawan-kawan arwah, memang arwah ada mengadu penat untuk meneruskan perjalanan.
Pesananku, janganlah menyeksa diri sendiri kononnya ingin bergembira pulang beramai-ramai bersama kawan-kawan... seboleh-bolehnya, gunalah perkhidmatan bas yang disediakan... elakkan kemalangan terutamanya dijalanraya. Ingatlah orang tersayang... Moga dihari gembira penuh ceria.
-----***-----
Tiba dirumah aku lebih kurang pukul 5.30 petang. Sebelum tu sempat juga beli barang untuk buat kek cokelat....hahaha, aku paksa Cik Nabihah untuk berbuka puasa dirumahku... waktu berbuka dah nak dekat, tak sanggup plak rasanya nak biarkan dia balik Kemaman...
demi untuk mengisi masa lapang sebelum berbuka, aku paksa Cik Nabihah untuk buatkan aku sebiji kek cokelat... best best... hehehe... tapi Cik Nabihah macam ok je join famili aku yang tersangat lah ramainya itu.... tak nampak pun macam kena paksa... sopan je.... hehehehe.... terima kasih Cik Nabihah kerana sudi buatkan aku kek cokelat dan dengan kehadiranmu dapat memeriahkan lagi suasana berbuka puasa kami... lain kali, sudilah datang lagi ke rumah kami ye...terutamanya hari raya nanti, anak-anak saudaraku tak sabar menunggu duit rayamu.... hehehe.... takde la, gurau je...
jom layan gambar kek cokelat sulong....
Pertama kali Kak Zan kata dapat makan kek fresh, panas lagi.... hehehe.... semua anak saudara aku suka makan kek cokelat ni...tak sampai 1 jam, dah habis sebiji kek... hehehe... seronok tengok diaorang suka makan.... ok, len kali kita buat lagi....
0 comments:
Post a Comment