Thursday, July 29, 2010

Kosong

tak tau nk tulis apa neh.... serabuuuuut!!!!!!!!!

Wednesday, July 28, 2010

Ilusi mata kurniaanNya...

Assalamualaikum....



Cuba lihat pd titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan
pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...Subhanallah..
rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..



Tuesday, July 27, 2010

Semester 1 2010/2011


Senarai subjek pengajaranku untuk semester ini....

1) DTP 2183 Plastic Properties & Testing
(Diploma in Polymer Engineering Technology)

2) BPE 2183 Plastic Properties & Testing
(Bachelor in Polymer Engineering Technology)
3) FSC 1074 Chemistry 1
(Foundation in Science)


14 Julai 2010: Hari pendaftaran pelajar baru di TATiUC.




Sunday, July 18, 2010

Gambar utk header

Sempena letak gambar baru kat header...




siap 1 post... (^^)V

Thursday, July 15, 2010

Waktu makruh solat

Sekadar untuk peringatan diri sendiri dan kepada sesiapa yang ingin berkongsi maklumat amatlah dialu-alukan....

5 waktu makruh solat ialah:
1- Selepas solat Subuh hingga terbit matahari (Syuruq).
2- Dari Syuruq hingga naik matahari iaitu lebih kurang selama 28 minit. (Nota: 28 minit selepas waktu Syuruq adalah waktu Dhuha).
3- Matahari tengah terpacak di atas kepala (bayang-bayang di bawah kaki).
4- Selepas solat Asar hingga terbenam matahari.
5- Dari terbenam matahari hingga solat Maghrib.



Hah...bangun Subuh lambat yerrr....


Secara ringkas, kelewatan disebabkan lupa atau tidur, membolehkan solat subuh dilakukan diwaktu yang terlarang menurut pandangan jumhur ulama'. Dalilnya diambil dari hadith Nabi S.A.W :-

"Barangsiapa yang tidur dan tertinggal solat atau terlupa, maka hendaklah ia solat apabila teringat" - [Riwayat al-Bukhaari].
(Sumber)


Ini memang dia ni terlupa atau tak sedar langsung nak bangun Subuh.... ada wujud ke...? tapi biasanya banyak kes yang memang dah terbangun sebab bunyi alarm tapi saje2 nak sambung tidur, eh sambung lagi la 5 minit, eh sambung sikit lagi la... pastu memang terus tak terjaga... huhuhu....


Soalan:
Saya mendengar ada orang mengatakan kalau kita terlewat bangun waktu Subuh lalu waktu Syuruk telah lepas, kita boleh terus sembahyang Subuh tanpa perlu niat Qadha'. Betulkah Ustaz? Kalau boleh Ustaz tolong jelaskan?
Abdullah, KL


Jawapan:
Jika kita terlewat waktu subuh kerana tertidur, sedangkan waktu syuruk telah lepas ataupun matahari telah terbit, maka ketika terjaga tersebut segeralah mengerjakan solat Subuh. Tidak perlulah kita berniat qadha', sebab terlepas sesuatu hukuman tersebut lantaran bukan sengaja. Namun jika kita mengetahui telah masuknya waktu subuh tetapi kita meneruskan tidur, maka perkara ini jelas berdosa.
(Sumber)


Emm... banyak lagi boleh dirujuk ngan Mr. Google.
Moga dijauhkan godaan syaitan...


Wednesday, July 14, 2010

Majlis perpisahan Liyana

7 Julai 2010: Dah lama majlis ni, tapi baru nak post kat blog... singkat je kenal Liyana tak sempat nak buat lab sama-sama. Dengan blog yang dia ada tu, InsyaAllah takkan menjauhkan silaturrahim (kalau dia update sokmo....huhuhu) dan dengan cara tidak langsung dapat mempelajari sesuatu daripada dia. Perbincangan yang menusuk jiwa kat blog dia tu mengenai melayari internet yang tidak bersangkutan dengan kerja pada waktu kerja... huhuhu... terasa you... memang penting internet ni dalam semua bidang terutamanya bidang pendidikan dan aku akan cuba takkan buat benda tak berkaitan dengan kerja pada waktu kerja, buat waktu rehat... bleh ek... Macam yang Liyana kata anda boleh baca lebih jelas disini. Boleh tak nak syok sendiri, nak kata memang duk isi masa dengan internet ni untuk meningkatkan kepakaran diri, meningkatkan ilmu terutamanya ilmu Islam, pendidikan tapi tidaklah sampai 'curi tulang'...


Termasuk hari ni, dah 4 hari lah dia bekerja kat Ranhill-Worley, dekat jer... kat Kerteh tu haaa... ingatkan jauh.... Macam mana ye... ok tak? Moga Liyana sihat sokmo....!

Tuesday, July 13, 2010

Words

It's better to lose your ego to the one you love, than to lose the one you love because of ego.


Life is not about the people who act true to your face... It's about the people who remain true behind your back.



Better not give hope that you cannot full-fill than said but you cannot do.

Monday, July 12, 2010

New Semester 2010/2011

New semester start!!!!!!!!!

Busy busy busy!!!!!!!!!!!!



Thursday, July 8, 2010

Mesti ada hikmah

Cerita-cerita sedih dalam tv mesti je ada ayat berbunyi "mesti ada hikmah disebalik sesuatu kejadian tu". Terkeluar jugak dari mulut aku dan kawan-kawan serumah "macang doh takdop ayat laing nok guna... ayat copy paste je..." Kebetulan kawan serumah aku namanya Nur Hikmah... ada je sebut ayat macam tu kami bertiga mesti jeling Hikmah... (^^) sambil kata "nih..Hikmah ada sini...." hehehe....

Hari ini aku tempuh suatu dugaan yang amat besar, yang memang payah untuk menerima kenyataan tu. Tapi dengan kuasa Allah S.W.T yang Maha Penyayang dan Maha Pemberi Penunjuk telah memberi aku suatu petunjuk yang amat menakjubkan hari ini demi mencari kebenaran. Moga aku ditunjukkan kebenaran yang nyata dan dilindungi-Nya sentiasa.

"Allahumma, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah; dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan; dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil; dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang."

Amin....


Wednesday, July 7, 2010

Jom masuk Takaful – kita sama-sama tolong

Video di bawah hanyalah sebagai idea sahaja bagaimana kita di dalam Takaful mahupun Insuran membantu peserta sesama peserta yang lain. (Sumber)

Tuesday, July 6, 2010

Senarai projek

1. Kain tabir kabinet dapur - selesai. Hasil ala kadar je sbb guna kain "recycle".

2. Jahit baju kurung.

3. Tambun tanah tepi parit.

4. Tanam pokok tepi parit.

5. Cat petak kedai.

6. Jahit tudung terpakai.

7. Pasang mozek dalam bilik air - dalam proses nk kena pasang semula dengan mozek baru, sbb tak berapa cantik. Belajar dari kesilapan...

8. Dapatkan pokok hiasan percuma - minggu lepas baru dapat dua dahan pokok, harap-harapnya aku ambil dahan pokok tu di redhai-Nya. Ambil sikit je... Niat bukan nk cacatkan pokok, tapi untuk cantikkan alam dan menghijaukan bumi. Boleh kan? Sebab pasu nk kena beli... takkan nk dptkan pokok nk kena beli gak... pokok mahal gak pe... huhuhu...

9. Tanam pokok sekeliling rumah - selesai utk deretan pertama... hajatnya nak buat banyak deretan pokok lagi, dan jadikan seperti pagar sekeliling rumah... aduh, penat nye!!


Opppsss... bila projek PhD nk mula?


Monday, July 5, 2010

Maajun Anggun Bistari

Produk amalan tradisi keluarga sejak 20 tahun dahulu untuk dikongsi kepada puan-puan khas untuk yang telah berkahwin.

Jika puan-puan berhajat untuk merancang keluarga dengan cara tradisional, bolehlah mencuba Maajun Anggun Bistari ini yang mana kejayaannya adalah 100% dengan syarat mengikut displin makan yang betul. Sumber.

Untuk keterangan lanjut puan-puan boleh juga tanya dengan Mr. Google ataupun boleh layari sendiri disini atau disini.

Harga: RM 15.00 sebotol tidak termasuk pos.


Tanah untuk disewa

Land for Rent!!!!!!

Dua lot tanah iaitu LOT 3780 dan LOT 3781 di Kemasik yang mempunyai jumlah keluasan 1846 meter persegi sedia disewakan. Terletak hampir dengan Mesra Mall dan Sekolah Kebangsaan Kemasik.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa tanah tersebut boleh hubungi Pn. Julaini (013-9593972 atau 012-9843348). Harga sewa boleh dirunding.



Thursday, July 1, 2010

Makan Malam Pengurusan TATiUC Bersama Kakitangan

30 Jun 2010: Bertempat di Awana, Kijal. Kata Rektor, majlis ini adalah sempena TATiUC memperoleh pencapaian yang baik dan memuaskan pada tahun 2009 dan 2010. Beliau juga mengumumkan bahawa TATiUC akan menerima pelajar yang teramai pada semester depan.. Alhamdulillah... Demi menyahut seruan Rektor dan pihak pengurusan, diharapkan semua kakitangan bersedia memberikan perkhidmatan terbaik... Semoga TATiUC akan mencapai misi dan visinya dalam mendapat pengiktirafan kelas dunia sebagai pusat pengajian berkemahiran tinggi.

Berendam di Pantai Teluk Kalong

Post setengah dozen sekaligus....

30 Jun 2010: Pagi tadi ayah pergi Hospital Kemaman buat pemeriksaan kesihatan. Susah nak kesan penyakit ayah kali ni.. buat X-ray tapi doktor kata tak nampak apa-apa yang bengkak atau yang tak normal dalam perut... kena datang lagi lain kali utk buat pemeriksaan lanjut. Emmmm... ntah la, moga mak dan ayah kuat semangat dan cepat sembuh...

Pada petangnya, kakak aku ajak mak, ayah sekeluarga pergi bersantai di Pantai Teluk Kalong.. gumbiraaaaaaaa!!!!

Tapi aku kena cepat2 balik sbb ada dinner kat Awana...



Angah ngan Cik Teh sibuk duk melukis kat pasir....

Aina plak sibuk duk buat istana pasir... Istana ke timbunan pasir?

Apih sibuk duk buat kolam utk siput-siput dia... Hepi sgt dia jumpe siput yang ada kaki... kehairanan tengok siput tu keluar tukar2 kulit... siput ke apa ek?

Tak sempat tengok gerhana bulan! :(

26 Jun 2010: Terrrrrlambat buka sms daripada Kak Zan (kakak ipar aku) suruh tengok gerhana bulan. Lupa yang amat nak tengok gerhana bulan kali ni... dapat tengok bulan mengambang jer... huhuhu... tapi takpe, cantik sangat bulan mengambang....

Secret Recipe...

26 Jun 2010: Abangku Zamari sekeluarga dan aku singgah Mesra Mall selepas majlis pertunangan sepupu. Lepak-lepak makan kat Secret Recipe.

Abang aku ni seorang cikgu yang memang kreatif... semua benda boleh buat sendiri... contohnya pasang mozek, berkebun untuk taman sekeliling rumahnya, bina pondok (kazebo), pendawaian dan banyak lagi.... pendek kata serba boleh la.... sekarang ni dia tengah sibuk buat projek rumah burung untuk dijual.

Abang-abang aku yang lain sememangnya rajin dan kreatif. Semua benda nak buat sendiri... Kakak sulung aku pun tak kurang kreatifnya, buktinya boleh lihat disini.


Majlis tunang Akma

26 Jun 2010: Majlis pertunangan sepupu aku Dik Ma di Kemasik. Jodoh dia dekat, orang Kerteh... senang la nak ulang alik... (^-^). Moga dimurahkan rezeki dan bahagia berpanjangan.


Al-Fatihah utk Kak Ila

24 Jun 2010: Al-Fatihah untuk Kak Ila...

Kak Ila, kakak iparku selamat dikebumikan sebelum solat Jumaat pada 25 Jun 2010. Beliau meninggal dunia pada hari Khamis (24 Jun 2010), sebelum solat Isyak dirumah sewanya di Johor. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang disayangiNya.



Moga abang ku Shaari dan anak-anaknya tabah menghadapi dugaan. Kami amat merasai kehilangan Kak Ila yang sangat baik hati, penyayang dan ambil berat tentang hal-hal keluarga. Aku pasti merindui masakan Kak Ila yang memang sedap sokmoooo...