Sunday, September 5, 2010

Berniaga di Mesra Mall

Selama 9 hari (27 Ogos hingga 4 September 2010) jualan sulung Jendilacraft berlangsung di Mesra Mall, Kemasik. Alhamdulillah, banyak barangan mengkuang dapat dijual, juga disebabkan lokasi jualan kami yang strategik berbanding barangan kraf yang lain. Barangan kraf lain yang turut serta berniaga anjuran kraftangan cawangan Terengganu ini ialah barangan tempurung, songket, batik dan anyaman bertulang.

Melalui jualan pertama ini, dapat juga kami sedikit info tentang kehendak pelanggan terhadap barangan mengkuang. Penat melayan karenah pelanggan yang terkejut melihat harga tikar mengkuang ini. Mungkin bagi penduduk sekitar sini pertama kali melihat tikar mengkuang masuk pasaraya. Tapi, kami tetap lega kerana ramai juga yang mengatakan harganya adalah amat berpatutan dan sesuai dengan masa kini, zaman nilai wang yang semakin tinggi berbanding zaman 70-an atau 60-an, terutama sekali bagi mereka yang tahu penat lelah menyiapkan tikar dan tahu seni mengkuang.... kami ucapkan terima kasih atas sokongan anda..


Walaupun daun mengkuang tidak perlu menggunakan modal, tapi dalam menyiapkan sesuatu barangan ia perlukan tenaga, ketekunan dan kesabaran. Sebidang tikar tak dapat disiapkan dalam masa 1 hari, 2 hari mahupun 3 hari. Moga perniagaan mengkuang dan kraftangan yang lain dapat bersaing baik dengan barangan moden lain.

Belilah barangan buatan rakyat Malaysia.





Canggihnya, Jendilacraft mempunyai blognya sendiri. Banyak cadangan yang kami peroleh. Kami akan usaha melaksanakan cadangan yang diberikan. Contohnya, beg di atas selain digunakan sebagai beg tangan, ia juga dapat dijadikan goodie bag dengan memasukkan barangan tertentu dan sedikit hiasan bunga/riben. Doakan kejayaan kami.


Terima kasih diatas sokongan anda.


Kesian kat Nurul, kena jaga sini tiap2 hari.. berbuka puasa dengan rotiboy dan jus marigold... bulan puasa, kena kuatkan iman dengan bau makanan di sekeliling... huhu...


1 comments:

Unknown said...

assalam..
sy berminat dengan produk mengkuang,,tp pejabat sy memerlukan pembekal mengkuang untuk tutup ceiling pada rumah,,gazebo dan sebagainya,,ade tak produk begitu? anything plz cntct sy
zureen _0172961578