Banyak benda tak ter'update. Kelmarin dan hari ni bercuti bersama keluarga kat Holiday Villa, Cherating. Best kumpul ramai2... nanti la update kat blog. Bukan pe, buh sini pun sebagai kenang-kenangan untuk tatapan masa depan... Ada yang tersurat, tak kurang juga yang tersirat.
Ok la, kita ke aktiviti Prof Kaneco, Dr. Ahmed dan anak-buahnya selepas pembentangan TAMIE 2011.
Khamis, 8 September 2011. Sekitar jam 3.30 petang, bertolak keluar dari ITC untuk jalan-jalan sekitar Petronas, Kerteh. Alang-alang dah dekat dengan Paka, mereka ku jemput minum petang di rumah mak ayah.
Terima kasih kat mak, ayah, Kak Long, Abang Long, Abang Meri, Atin, Syuhada, Suraya sebab tolong sediakan makanan dan sudi luangkan masa bersama mereka. Terima kasih.
9 September 2011, selepas lawatan ke Polyplastics Asia Pacific Malaysia SDN. BHD. Dalam jam 5.30 petang, dengan bantuan Ilyas, pandu kereta ke Pantai Kemasik. Sesampai je kat tepi pantai, Prof Kaneco terus panjat batu, santai menikmati angin pantai...
Prof Kaneco, with blue T-shirt.
10 September 2011, dalam jam 10.30 pagi, bersama Prof Kaneco ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri di rumah Dato' Ahmad Said. Terima kasih kat Roziani sebab sudi teman makan-makan kat situ.
Kemudian, pergi melawat Universiti Islam Antarabangsa, cawangan Kuantan.
Makan tengahari di Teluk Cempedak.
Ziarah Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan.
Membeli belah di East Coast Mall.
Jam 5.30 petang, di Lapangan Terbang Kuantan.
Alhamdulillah, mereka semua selamat pulang ke Jepun. Semoga dapat berjumpa lagi.