Wednesday, December 22, 2010

Pantai Tsu, Mie

Assalamualaikum terutama untuk mak, ayah dan keluarga semua. Harap semua ahli keluarga termasuk pembaca blog ini sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Cikde kat sini Alhamdulillah, sentiasa sihat. Cikde ada hutang ngan Aus, janji nak post pasal pantai kat sini.... :). Pantai yang berhampiran dengan Universiti Mie.

Jepun tidak menggunakan nama-nama negeri seperi Malaysia tetapi ia dipanggil prefecture. Universiti Mie terletak di Tsu dalam Mie Prefecture. Nama Tsu diambil daripada perkataan tsunami, kerana suatu masa dahulu kawasan ini pernah mengalami tsunami yang besar. Gambar di bawah menunjukkan tembok tsunami yang dibina khas oleh kerajaan Jepun demi mengurangkan kemusnahan harta benda akibat gelombang tsunami.

Tembok tsunami yang tinggi ini juga digunakan sebagai salah satu jalan pengangkutan yang penting. Pertama kali cikde melalui jalan ini dengan menaiki kereta (dipandu oleh Sensei) memang menakutkan kerana bimbang kereta tergelincir disebabkan tidak berpagar... Maka, mesti berhati-hati semasa memandu ataupun semasa mengayuh basikal..



hahahaha.... skema karangan ni... ye lah kan... bimbang anak saudara tiru karangan kat sini, jenuh kena marah ngan cikgu dia kang...

kepada semua anak saudara cikde... buat karangan elok2 yer... guna bahasa Melayu yang BETUL. jangan tulis tunggang langgang... kalau ada yang cikde salah tulis, sila betulkan.

TERIMA KASIH.

2 comments:

HuMayRah HaYatI said...

Cantekk pemandangan kat sana...gerun gak yati tgok jalan2 tu...

Mengkuang berduri said...

memang bahaya yati... seriau lalu jalan neh!! muat2 je dua biji kereta selisih.. kalau ada lori depan kena berhenti bagi laluan...